Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tekanan berpanjangan saluran paip, tanah tidak stabil punca letupan

    KUALA LUMPUR, 1 JULAI – Letupan gas besar yang menggegarkan Malaysia pada April berpunca daripada tekanan yang berpanjangan pada saluran paip akibat keadaan tanah yang tidak stabil, kata pihak berkuasa sambil menambah tiada sabotaj atau kecuaian dilaporkan.

    Letupan di bandar Puchong di pinggir ibu kota Kuala Lumpur mencederakan lebih 100 orang, memusnahkan rumah dan kenderaan berdekatan serta memaksa kira-kira 1,000 orang dipindahkan.

    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia berkata tanah yang menahan saluran paip di mana letupan berlaku adalah ‘lembut dan lembap’ serta tidak stabil, menyebabkan garis tekanan jangka panjang terbentuk pada permukaan paip.

    “Keadaan tanah yang tidak stabil di sekeliling paip adalah punca utama letupan,” kata Pengarah Jabatan Keselamatan Petroleum, Husdin Che Amat.

    “Paip (gas) itu memenuhi piawaian teknikal yang digunakan dalam pemasangan,” katanya pada sidang media kelmarin.

    “Namun kegagalan itu adalah disebabkan kitaran siklik… mengakibatkan kebocoran gas dan geseran logam antara paip menyebabkan pencucuhan dan letupan,” kata Husdin.

    Kawasan yang terjejas adalah sebahagian daripada saluran paip gas sepanjang 2,680 kilometer yang dikendalikan oleh syarikat minyak dan gas milik kerajaan Petronas. – AFP

    Gambar menunjukkan kebakaran yang disebabkan oleh kebocoran saluran paip gas di Puchong, Selangor pada 1 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda