Tekanan melampau, penasihat kempen Trump tarik diri

WASHINGTON, 1 OKT – Brad Parscale, penasihat kanan untuk kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menarik diri bagi mendapatkan bantuan terhadap ‘tekanan yang melampau,’ lapor agensi berita Xinhua.

“Saya mengundurkan diri dari syarikat saya dan sebarang peranan dalam kempen tersebut untuk masa depan bagi memberi tumpuan kepada keluarga saya dan mendapatkan bantuan menangani tekanan yang luar biasa,” kata Parscale dalam satu kenyataan kepada media AS pada Rabu. – Bernama