Susulan penyebaran dokumen penceraiannya baru-baru ini, pelakon Teuku Ryan akhirnya tampil menjelaskan punca dia jarang melakukan hubungan intim dengan Ria Ricis sepanjang perkahwinan mereka.
Dalam kenyataan mStar, Ryan memberitahu terdapat beberapa punca dia tidak mampu melakukan hubungan suami isteri termasuk sering berada dalam keadaan tertekan akibat masalah dihadapi.
Tekanan tersebut kata Ryan membuatkan dia hilang rasa ghairah apabila melihat Ria sehingga mengabaikan nafkah batin terhadap bekas isterinya itu.
“Perkara ini agak sensitif tapi yang pasti saya bersamanya secara halal.
“Hubungan intim perlu dilakukan dengan rasa bahagia dan tenang di dalam hati tapi saya sering berada dalam keadaan tertekan.
“Tekanan membuatkan rasa ghairah itu hilang sehingga menyebabkan saya mengabaikan nafkah batin terhadap isteri,” katanya.
Dalam pada itu, Ryan memberitahu tuduhan ibunya mencuri sebelum ini antara punca dia sentiasa berada dalam keadaan gelisah dan tertekan.
Ditambah perlu menggalas tanggungjawab membayar dua buah rumah mewah membuatkan dia bertambah tertekan kerana ia di luar kemampuan. – Agensi