Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tekanan semakin berat buat Ten Hag menjelang saingan Liga Juara-Juara

    MANCHESTER, 11 DIS – Masa depan Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini berada dalam bahaya menjelang kunjungan Bayern Munich ke Old Trafford, dengan penyingkiran awal di Eropah pasti akan memberi lebih tekanan kepada pengurus, Erik ten Hag.

    Pengurus Belanda itu cuba untuk meyakinkan selepas kemenangan ke atas Chelsea minggu lalu bahawa musim United tidak mencapai tahap krisis.

    Tetapi harapan Ten Hag untuk mencapai titik perubahan tidak kekal lama selepas kekalahan 3-0 di tempat sendiri kepada Bournemouth baru-baru ini menyaksikan musim yang bermasalah mencapai tahap terendah baru.

    The Red Devils menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana selepas tujuh kekalahan daripada 16 perlawanan pembukaan mereka.

    Namun, meskipun masih ada masa untuk mendapatkan semula tempat empat teratas dalam saingan liga, kekalan beraksi di Liga Juara-Juara adalah sangat diperlukan.

    Hanya kemenangan menentang juara Jerman pada Selasa akan memberikan United peluang untuk mara ke pusingan 16 terakhir dan walaupun begitu, mereka memerlukan FC Copenhagen dan Galatasaray untuk seri dalam perlawanan terakhir Kumpulan A mereka.

    United bernasib baik kerana masih memiliki peluang ke peringkat kalah mati selepas hanya meraih empat mata daripada lima perlawanan pembukaan mereka.

    Tiada pasukan Inggeris pernah bolos sebanyak 14 gol seperti yang dilakukan oleh anak buah Ten Hag dalam lima perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara.

    “Kami benar-benar tidak konsisten. Kami mempunyai kebolehan untuk melakukannya, tetapi awda perlu melakukannya setiap perlawanan dan setiap hari ketiga,” kata Ten Hag selepas Bournemouth meraikan kemenangan pertama mereka di Old Trafford dengan bergaya. – AFP

    Erik ten Hag memberikan tepukan kepada penyokong pada akhir perlawanan bola sepak Liga Perdana di stadium Old Trafford di Manchester, England pada 9 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda