Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Sebagai usaha untuk memberigakan informasi dan menarik minat guru-guru dalam meningkatkan tahap celik kewangan dan kepentingan pengurusan kewangan untuk simpanan di hari tua, Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) telah menganjurkan taklimat perancangan kewangan, hari ini.
Taklimat yang dikendalikan oleh Insurans Islam Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Kewangan dan Bahagian Pentadbiran 2 SMALHB itu dihadiri oleh pegawai, guru dan kakitangan sekolah berkenaan.
Antara yang hadir pada sesi taklimat itu ialah Pemangku Pengetua SMALHB, Pengiran Hajah Radiah binti Pengiran Haji Mohd Tahir dan Pengurus Besar Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd (IITFT), Haji Shamsul bin Haji Muhamad.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Eksekutif IITFT, Awang Rithwan bin Haji Ahmad.
Antara lain tujuan taklimat ini adalah bagi memberikan pendidikan pengurusan Kewangan serta meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan guru-guru di samping memberigakan kepentingan untuk mengenai dan menerapkan budaya menyambung dalam kalangan guru-guru.
Selain itu juga bagi mengongsikan cara-cara dalam urusan Takaful seperti Takaful Tenaga Pengajar dan Pelan Takaful Keluarga serta memberikan maklumat mengenai perancangan Kewangan.
