Sunday, November 17, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teknik guna minyak wangi

    Mungkin awda pernah menggunakan minyak wangi paling mahal dan paling harum, akan tetapi wangiannya masih tidak tahan lama.

    Namun demikian awda tidak perlu bimbang kerana mungkin terdapat sedikit kesilapan tentang cara awda menggunakannya selama ini.

    Menurut Pengurus Negara PT Luxasia Indonesia, Nessy Wisesa Meghayani, menggunakan minyak wangi juga ada cara dan langkah-langkahnya.

    “Kalau tidak tepat langkahnya, wangian tidak akan bertahan lama, bukan itu saja ia juga akan cepat habis,” kata Nessy.

    Bagi awda yang berdepan masalah ini, Nessy memberikan beberapa cadangan agar haruman dari minyak wangi yang awda gunakan kekal sepanjang hari.

    Menyemburkan minyak wangi pada pergelangan tangan mampu menyebarkan wangian ke seluruh tubuh awda. – mStar
    Gambar Envato

    MANDI

    “Dengan mandi terlebih dahulu pori-pori kulit akan terbuka dan secara tak langsung mudah menyerap cecair minyak wangi yang disembur,” kata Nessy.

    Katanya, tanpa peluh, minyak wangi akan meresap lebih sempurna selepas awda mandi.

    SEMBUR DI MANA?

    “Semburlah pada bahagian nadi di mana ia akan menyebarkan haruman minyak wangi ke seluruh tubuh awda,” kata Nessy.

    Bahagian tubuh yang mempunyai nadi yang sesuai disembur dengan wangian adalah pergelangan tangan bahagian pada leher, belakang telinga dan belakang lutut.

    Jelasnya, bahagian-bahagian tersebut cenderung menghasilkan suhu lebih tinggi yang membantu menyebarkan bau minyak wangi ke seluruh tubuh.

    GOSOK ATAU TIDAK?

    Jangan menggosok bahagian yang telah disembur dengan minyak wangi!

    “Menggosok permukaan kulit setelah menyembur minyak wangi akan membuatkan wangiannya cepat hilang dan tak tahan lama,” kata Nessy.

    Katanya lagi, menggosok setelah menyembur membuatkan molekul pada cairan minyak wangi pecah.

    JAUH ATAU DEKAT?

    Agar semburan minyak wangi lebih luas dan sekata, lakukan dari jarak sekitar 15 hingga 25 sentimeter. Jangan sembur minyak wangi pada pakaian. Selain wangiannya cepat hilang, ia juga lebih mudah bercampur dengan bau peluh. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda