Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Teknik Heimlich selamatkan pelajar tercekik

    RACINE, WISCONSIN, 15 NOV – Seorang pelajar sekolah rendah berusia 9 tahun di Wisconsin berjaya menyelamatkan nyawa rakan sekelasnya dengan melakukan teknik Heimlich apabila dia tercekik ketika makan, kata pihak berkuasa.

    Essie Collier, pelajar gred empat di Sekolah Rendah Fratt di Racine, ternampak salah seorang rakan kelasnya mengalami masalah semasa makan tengah hari semalam.

    Pelajar sedang makan dalam bilik darjah disebabkan bilik makan telah dikosongkan untuk membolehkan penduduk mengundi.

    “Saya melihat dia sedang memegang lehernya, dan saya bergegas untuk membantunya,” kata Essie.

    Guru Samantha Bradshaw berkata Essie merangkul badan pelajar itu dan mula melakukan teknik Heimlich. Makanan yang tersangkut di tekak berjaya dikeluarkan dan dalam sekelip mata budak itu dapat bernafas semula.

    “Saya tidak pernah melihat seorang pelajar bertindak dalam cara sedemikian,” kata Bradshaw.

    Menurut Essie, dia mempelajari teknik itu dua tahun lalu daripada video YouTube, ketika dia berusia 7 tahun, dan ia terbukti membantu dalam saat mencemaskan pada masa itu. – AP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...