Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teknik ikat tali leher

    Sekiranya kerja awda tidak memerlukan awda memakai tali leher sekali pun, namun dalam beberapa keadaan tertentu ia memang diperlukan sebagai pelengkap gaya lelaki.

    Bagi awda yang tidak tahu cara-cara memakai tali leher, tentu awda rasa sukar untuk mengikatnya. Akhirnya tali leher awda jadi tidak kemas, senget, pendek atau lebih panjang.

    Hakikatnya, tidak susah mana pun untuk memakai tali leher asalkan awda tahu cara betul untuk mengikatnya.

    Bagi yang baru sahaja berjinak-jinak untuk memakai tali leher, berikut dikongsi tip yang boleh membantu awda mengikat tali leher menjadi lebih kemas.

    1. FOUR IN HAND

    Ia merupakan ikatan tali leher yang popular dan pa-ling mudah untuk dipakai. Ia membuatkan tali leher tampak tirus dan sedikit asymetrical. Ikatan ini sesuai dipadankan dengan baju kemeja berkolar tajam, mempunyai bukaan rapat dan kolar jenis berbutang.

    Selain itu, ia juga sesuai diikat menggunakan tali leher yang mempunyai fabrik tebal.

    Walaupun sesuai digayakan oleh semua golongan, namun ikatan ini nampak lebih cantik apabila dipakai oleh lelaki berleher pendek. Ia juga sesuai digayakan untuk pemakaian kasual.

    Tali leher juga dianggap pelengkap gaya lelaki. – Envato
    Gambar maskulin.com

    2. HALF WINDSOR

    Ikatan Windsor berasal daripada Duke of Windsor (secara rasmi Edward VIII) pada tahun 1930an. Ia mula menjadi ikutan kerana ikatannya lebih kemas dan cantik dengan bentuk segi tiga. Half Windsor merupakan ikatan yang sesuai buat bukaan kolar yang sederhana lebar berbanding ikatan Single Knot.

    Ia merupakan ikatan tali leher yang lebih besar daripada ikatan Four in Hand tetapi lebih kecil daripada ikatan Windsor atau Full Windsor.

    Sesuai dipadankan dengan tali leher fabrik ringan dan medium.

    3. WINDSOR ATAU FULL WINDSOR

    Windsor merupakan ikatan tali leher yang tebal dan sesuai untuk bukaan kolar yang lebar dan luas dengan bentuk segi tiga.

    Windsor ini menjadi ikatan kegemaran ramai orang korporat dan golongan profesional serta sesuai dipakai untuk temu bual kerja, pembentangan dan mesyuarat bersama orang penting.

    Untuk pemakaian yang betul, tali leher yang digunakan mestilah sekurang-kurangnya 4 sentimeter lebih panjang daripada tali leher konvensional biasa. Bagi yang ingin mencuba ikatan ini, pastikan ia digayakan dengan tali leher berwarna gelap dan corak yang tidak begitu menyerlah.

    4. SHELL KNOT

    Ikatan ini juga dikenali sebagai Shelby Knot atau Pratt Knot. Ia merupakan cara ikatan lama yang sesuai untuk pemakaian rasmi, separa rasmi dan kasual, bahkan sesuai dipakai untuk tali leher fabrik ringan dan medium. Ikatan jenis ini sesuai dipadankan dengan baju kemeja kolar bersaiz kecil dan tajam.

    KEPANJANGAN TALI LEHER

    Sudah mengetahui pelbagai jenis ikatan tali leher, pastikan kepanjangan tali leher juga diambil kira.

    Jangan sekejap panjang, sekejap pendek. Pastikan hujung tali leher yang awda pakai itu bertepatan berada di atas kepala tali pinggang. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda