Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teknik ikatan pantas daripada pemancing Australia

    Oleh Raz AS –

    Ikatan Aussie Quickie adalah teknik ikatan yang digunakan untuk menghubungkan tali sulam atau braided line dengan perambut fluorocarbon dan monofilament yang dipopularkan oleh pemancing dari negara kangaroo, Australia, Kapten Scott Walker.

    Ikatan kompak ini hampir sama dengan ikatan Yucatan namun sedikit berbeza yang juga boleh digunakan untuk pancingan di perairan masin.

    Ikatan Aussie Quickie sangat mudah dan cepat untuk disiapkan, namun untuk menggunakan teknik ikatan ini, pemancing terlebih dahulu haruslah membuat ikatan loop atau double line seperti ikatan Bimini Twist, yang telah pun dikongsikan pada keluaran lalu, pada bahagian tali sulam.

    Langkah-langkah untuk membuat ikatan Aussie Quickie adalah seperti berikut; setelah ikatan double line, Bimini Twist, dibuat pada tali utama awda (tali sulam), awda hanya perlu melilitkan tali perambut fluorocarbon atau monofilament, bergantung pilihan masing-masing, pada double line tersebut sekurang-kurangnya sebanyak 13 kali lilitan atau lebih.

    Setelah itu hujung tali perambut itu dimasukkan pada lubang double line pada bahagian sebelum lilitan dibuat (rujuk rajah).

    Pegang double line dengan kemas, basahkan tali dengan air, kemudian tarik pangkal tali perambut dengan perlahan dan kuat untuk mengencangkan ikatan.

    Setelah itu potong lebihan hujung tali untuk mengemaskan ikatan.

    Aussie Quickie, ikatan yang dipopularkan oleh pemancing dari Australia, Kapten Scott Walker. – GAMBAR OLEH ANDY STEER
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda