Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teknik melepaskan ikan dengan betul

    Oleh Raz AS

    Untuk mengamalkan tangkap dan lepas memerlukan teknik yang betul dalam pengendalian ikan yang ditangkap.

    Antaranya adalah dengan mengelakkan kerosakan pada kulit ikan, sisik dan bendalirnya. Kerosakan tersebut boleh mengakibatkan ikan terdedah dengan jangkitan penyakit yang mungkin boleh membunuhnya.

    Untuk mengatasi hal ini adalah dengan menggunakan ‘siut’ ikan yang diperbuat daripada getah bukan tali yang kesat, mengelakkan daripada memegang ikan dengan tangan yang kering dan meletakkan ikan di permukaan yang kering dan kesat.

    Selain itu elakkan daripada mengangkat ikan dengan menggantungnya daripada kepala agar ligamen kerongkong dan insangnya tidak cedera terutama ikan-ikan yang bersaiz besar.

    Jika menggunakan lip gripper letakkan telapak tangan pada bahagian abdomen ikan sebagai sokongan.

    Ikan ditunda secara perlahan sehingga ia kembali bertenaga sebelum dilepaskan. – Agensi

    Lepaskan ikan dengan teknik yang betul, sesetengah ikan terutama setelah penat bertarung memerlukan teknik yang ‘lembut’ seperti direndam di dalam air sehingga ia berenang sendiri menjauh dari tangan.

    Manakala sesetengah lagi seperti spesies travelly memerlukan pemancing untuk membenamkan ikan tersebut ke dalam air kepalanya dahulu kerana spesies tersebut tidak pernah berhenti berenang dan memerlukan air untuk sentiasa mengalir ke mulut dan insangnya.

    Walau bagaimanapun, sekiranya menggunakan kayak atau perahu pemancing juga boleh menunda ikan tersebut, dengan bahagian kepalanya ke hadapan, secara perlahan sehinggalah ia kembali bertenaga barulah lip gripper dilepaskan.

    Antara lain bagi meningkatkan peluang ikan hidup setelah dilepaskan adalah untuk memotongkan sahaja tali perambut sependek yang boleh sekiranya mata kail ditelan jauh ke kerongkong ikan.

    Elakkan membuka mata kail yang tersangkut jauh kerana ia akan mencederakan ikan tersebut.

    Mengikut kajian, ikan mempunyai peluang untuk memuntahkan kembali mata kail yang ditelannya dan peluangnya hidup juga adalah lebih tinggi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda