Labi-labi merupakan reptilia air tawar yang mirip seperti kura-kura. Akan tetapi ciri utama labi-labi, ia tinggal di air, dan biasanya bentuk badanya pipih dengan tempurung yang lembik dan kakinya berselaput.
Labi-labi selalunya kurang aktif dalam mencari makanan terutama yang sudah tua. Berbanding yang masih muda, mereka akan lebih agresif. Justeru, untuk memancing reptilia yang satu ini memerlukan umpan yang jitu.
Cara memancing labi-labi
Untuk memancing labi-labi, ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan naluri juga sangat diperlukan. Namun terkadang niat ingin memancing ikan, malah dapat reptilia ini, seolah-olah mendapatkannya hanya semacam keberuntungan saja.
Umpan untuk memancing labi-labi boleh menggunakan siput, usus ayam atau ikan mati. Namun berdasarkan pengalaman pemancing siput merupakan umpan yang paling jitu kerana ia memiliki aroma bau yang kuat dan umpan yang kukuh tidak mudah rosak.
Saiz mata kail yang diperlukan adalah dengan menggunakan mata kail no 4,0-7,0 rangkaian mata kail tunggal. Manakala neklin atau senar yang digunakan adalah pe nombor 0.20 sebagai leader, sebab gigitan labi-labi sangat kuat dan boleh memutuskan senar, ikatkan mata kail ke leader dengan panjang 15 hingga 30sm serta ikatkan juga hujungnya dengan kili-kili atau swifel.
Lemparkan umpan di kawasan tepi sungai saja, dengan keadaan arus sungai yang perlahan dengan kedalaman 0.5-1 meter atau juga boleh dilemparkan ke tengah sungai dengan kedalaman 5-6 meter di bawah teratai atau tumbuhan air lainnya. Kita boleh memakai joran pancing atau hanya mengikatkan senar di pohon tepi sungai secara membiarkannya saja.
Akan tetapi sebaiknya untuk memancing secara meninggalkannya ini, kita harus meningkatkan kewaspadaan kita. Kita harus berhati-hati saat mengangkat kail yang sudah ditinggalkan semalaman, hal ini kerana harapan kita hendak mendapatkan labi-labi malah yang tertangkap adalah biawak ataupun ular, sebab kedua-duanya juga menyukai umpan yang dipasang. – Agensi
