Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teknik mudah ikat tali ke spool

    Oleh Raz AS

    Tidak dinafikan teknik ikatan tali ke spool boleh dikatakan kurang penting kerana jarang sekali kekuatannya teruji. Berapa kali kah dalam sepanjang pengalaman kita memancing, tali dilarikan sehingga spool kosong?

    Tidak mustahil ada yang pernah mengalaminya, namun sahaja barangkali kejadian tersebut hanya berlaku sekali dua dalam seumur hidup tanpa disangka-sangka.

    Seorang pemancing perlu sentiasa bersedia dan pandai menyesuaikan peralatannya dengan spesies buruan dan padang pancing mereka, oleh itu jika perkara tersebut berlaku kepada kita berulang-ulang, kita perlu kembali ke ‘meja kerja’ dan mempertimbangkan semula pilihan peralatan yang dipakai.

    Untuk mengikat tali ke spool guna teknik ikat mati pun sebenarnya sudah memadai, namun di sini penulis ingin mengongsikan teknik ikatan yang tidak kurang mudahnya dan dapat dilakukan dengan pantas. Teknik ikatan ini dikenali sebagai ikatan Arbor (Arbor knot).

    Ikatan Arbor adalah salah satu teknik ikatan jerut, yang mana semakin kuat tali ditarik semakin menjerut ikatan tersebut. Teknik ikatan ini juga sebenarnya dikenali dengan nama Canadian Jam knot yang digunakan oleh pengamal teknik survival dalam hutan (bushcraft) seperti pengakap, pengkhemah dan lain-lain.

    Teknik mengikatnya tersangatlah mudah, pertama lingkarkan atau lilitkan tali pada spool, kemudian ikat hujung tali pada pangkalnya dengan ikatan biasa (half knot). Setelah itu buat simpulan half knot di hujungnya bagi mengelakkan ia terlucut apabila pangkal tali ditarik untuk menjerut, siap.

    Awda sudah boleh mula mengulung untuk mengisikan tali ke dalam spool tersebut. Sebagai tips, sekiranya spool awda mempunyai permukaan daripada jenis yang licin, lilitan pada spool bolehlah dibuat sebanyak dua ke tiga kali sebelum half knot pertama dilakukan, untuk meningkatkan ‘gesaran’ (friction) agar tali tidak ‘tergelincir’ ketika gulungan permulaan dilakukan.

    Cara-cara teknik ikatan Arbor (Arbor knot). – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda