Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Teknik nyanyian jadi tarikan peminat

    Kugiran Masdo mendedahkan teknik nyanyian vokalis, Ali Sariah menjadi tarikan peminat Indonesia.

    Mula meraih populariti di seberang sejak tahun lalu, lontaran vokal Ali yang mempunyai elemen Melayu menangkap halwa telinga peminat republik itu.

    “Secara jujurnya, kami tak berani hendak kata apa yang menjadi daya penarik memikat pendengar di sana. Tetapi, menerusi maklum balas yang kami sering terima, mereka suka gaya bahasa dan cara nyanyian Ali.

    “Mereka suka dengar lagu dan lontaran vokal yang disifatkan mempunyai elemen ‘cengkok’ Melayu. Perkara itu menawan hati pendengar dan membuatkan mereka tertarik kepada Kugiran Masdo,” kata Putu Ceri.

    Tambah Putu Ceri atau nama sebenar, Ahmad Azanol Khushairie, pada awalnya Kugiran Masdo sangsi terhadap platform media sosial TikTok.

    “Lagu Dinda banyak membantu kami tular di sana, bermula dengan platform TikTok. Jika di sana, ramai wanita yang bernama Dinda, jadi lagu terbabit banyak kali digunakan. Di Malaysia pula, Dinda membawa maksud adik atau panggilan sayang. Kami sangat berterima kasih kepada platform TikTok kerana memperkenalkan kami di Indonesia. Bermula dengan lagu Dinda, seterusnya kami dikenali menerusi lagu Janji Manis. – Agensi

    Kugiran Masdo mula meraih populariti di Indonesia sejak tahun lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...