PUTRAJAYA, 1 April – Teknik hafalan singkat 30 juzuk Al-Quran dalam masa tiga bulan merupakan projek inovasi terbaharu diperkenalkan Pusat Tahfiz Integrasi An Nur yang diasaskan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM).
Pengasas YDKMM Dr Mohd Hizul Azri Md Noor berkata teknik tersebut tidak hanya mementingkan hafalan ayat suci Al-Quran, tetapi turut menggabungkan konsep tadabbur dan bayangan dalam membantu peserta menghafaz dan menghayati isi kandungan kitab suci itu serta mengamalkannya.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)