PARIS, 25 Feb – Para pengeluar telefon akan berusaha untuk menarik pembeli baharu dengan kamera yang lebih baik dan skrin yang lebih besar di pameran mudah alih terbesar yang bermula esok di Sepanyol setelah setahun penjualan berada pada kedudukan mendatar.
Tanpa kemunculan inovasi utama yang ditunggu-tunggu bagi telefon bimbit, para penganalisis meramalkan Kongres Mudah Alih Dunia (WMC) yang berlangsung empat hari di Barcelona akan memfokuskan kegunaan terbaharu terhadap kecerdasan pintar (AI) dan mempamerkan rangkaian wayarles 5G yang sangat pantas.
Syarikat gergasi telefon pintar Huawei, LG atau HTC dijangka tidak akan melancarkan alat peranti terbaharu mereka di pameran tahunan itu dan ia akan memberi peluang kepada Samsung untuk mendapatkan perhatian dengan melancarkan S9 dan S9+ sehari sebelum majlis pembukaan esok.
Para pengiklan mencadangkan perubahan besar terhadap kamera yang dilaporkan akan membolehkan bagi video gerak sangat perlahan dan lensa kamera terbaharu yang membolehkan untuk menangkap gambar dengan kadar pencahayaan yang rendah, salah satu ciri yang sudah pun ditawarkan oleh pesaing.

Menurut penganalisis telefon mudah alih, Ben dari CCS Insight berkata kamera nampaknya menjadi sumber utama yang memperlihatkan perbezaan terhadap generasi telefon pintar yang terbaharu.
Sementara itu, Samsung menghadapi penarikan semula yang memalukan terhadap alat perantinya Galaxy Note 7 pada 2016 setelah beberapa alat peranti itu meletup berbanding telefon pintar Galaxy 8 yang dianggap sebagai berjaya.
Namun begitu, syarikat itu kekal sebagai penjual telefon pintar yang terbesar di dunia tahun lalu iaitu sebanyak 21.6 peratus dalam pasaran saham, meningkat kepada 21.1 peratus dari tahun sebelumnya, menurut firma penyelidikan IDC. – AFP