Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teknologi bantuan permudahkan kehidupan OKU

    LONDON – Hadeel Ayoub menyarungkan sarung tangan berwarna hitam sebelum memulakan bahasa isyarat hebat yang tidak bermakna kepada pemerhati yang tidak terlatih.

    Kemudian dia menekan punat di pergelangan tangannya, dan alat pembesar suara yang bersaiz kecil bagi menyampaikan mesej yang kedengaran berbunyi – “Mari Menari!”

    “Impian saya adalah untuk mewakili suara kepada mereka yang tidak berupaya untuk bercakap,’ kata pereka itu, 36, yang membangunkan sarung tangan BrightSign dan tetap mengikuti pengajian bagi Ph.D. pada bidang Bantuan dalam teknologi di Goldsmiths, University of London.

    Sarung tangan yang direka oleh Ayoub itu adalah salah satu contoh terhadap trend yang lebih besar tatkala usahawan, firma baru dan syarikat-syarikat seperti Microsoft dan Google terus berusaha untuk memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan untuk memudahkan kehidupan bagi sebahagian orang kelainan upaya (OKU).

    Inisiatif itu dihasilkan ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa jumlah orang ramai yang memerlukan peranti bantuan meningkat dari kerusi roda sehingga teknologi-teknologi komunikasi yang akan meningkat dua kali ganda kepada 2 bilion menjelang tahun 2050.

    Aplikasi mudah alih yang dilengkapi pada telefon pintar secara tidak langsung dapat memudahkan rutin kehidupan golongan OKU. – P
    Hector Minto telah berjaya mencipta peralatan bagi membantu untuk memudahkan rutin kehidupan golongan individu cacat penglihatan. – AP

    Peningkatan dalam kecerdasan buatan, digabungkan dengan kos peralatan yang menurun, menjadikannya satu kemungkinan bagi pereka dalam membangunkan produk-produk baharu tanpa memerlukan bantuan dari kerajaan atau korporasi.

    Dengan bantuan pencetak 3D dan peningkatan pemprosesan kuasa komputer, mereka berjaya mencipta peranti yang dikhususkan bagi orang ramai yang kekurangan motor, penglihatan, pendengaran dan kognitif. Microsoft dan Google cuba untuk mengadukkan tugasan dalam bidang ini, menawarkan sejumlah AS$45 juta dalam memberi pembiayaan kepada pemaju teknologi bantuan.

    Microsoft berkata ia berharap untuk mengenalpasti projek-projek menarik yang boleh digabungkan menjadi perkhidmatan yang boleh diperoleh secara meluas.

    “Kita melihat satu ledakan teknologi baharu yang bersedia dalam membantu keperluan orang kelainan upaya,” kata Ketua dasar teknologi dan rakan pada Forum Ekonomi Dunia, Zvika Krieger.

    “Terdapat banyak pereka di luar sana…yang bersedia untuk membangunkan teknologi berguna selain aplikasi mencari pasangan atau aplikasi rangkaian sosial dan bersedia melakukan sesuatu yang benar-benar dapat membantu dalam memenuhi kekurangan,” tambahnya.

    Sementara itu, Ayoub berharap usahanya mendatangkan hasil dari segi kewangan, dia berkata dia dipacu oleh satu harapan untuk mencipta dunia di mana orang kurang upaya begitu berharga. Dia cuba untuk mengutip 1 juta pound untuk membawa BrightSign ke pasaran, menganggarkan setiap sarung tangannya berharga “beratus dolar”, berbanding dengan nilai AS$2,000 atau lebih yang ditawarkan oleh kebanyakan teknologi yang ada.

    “Impian saya terhadap BrightSign adalah untuk menjadikannya sebagai kesinambungan terhadap deria untuk orang ramai…yang mahu menyuarakan perasaan dan pendapat mereka tanpa perlu mencari seseorang untuk membantu mereka khususnya untuk memberikan mereka kebebasan yang mereka perlukan dan mengawal komunikasi mereka sendiri,” katanya.

    Menurut laporan WHO yang diterbitkan pada tahun ini, permintaan bagi produk seperti itu hanya akan meningkat ketika usia penduduk-penduduk dunia semakin meningkat sekali gus berpotensi meningkatkan jumlah orang ramai yang mengalami masalah fizikal, kognitif, penglihatan dan pendengaran.

    Cabarannya adalah untuk memajukan teknologi-teknologi baharu sambil meningkatkan kewujudan peranti mudah seperti kaca mata dan kerusi roda yang ramai tidak mampu untuk memilikinya.

    “Syarikat–syarikat mula untuk mengiktiraf potensi kewangan terhadap pasaran, memandangkan inovasi ini boleh meningkatkan produk-produk dijual secara meluas,” kata Hector Minto, yang dikenali sebagai ‘accessibility evangelist’ di Microsoft.

    Sebagai contoh, Microsoft pada tahun lepas telah melancarkan aplikasi percuma Seeing Al, yang menukar telefon pintar menjadi ‘kamera bercakap’ yang membantu orang yang kurang penglihatan melakukan banyak perkara seperti imbasan dan membaca teks, mengenalpasti wajah dan produk-produk dengan kod bar. Serupa dengan teknologi yang berada dalam perkhidmatan teks penterjemahan syarikat itu, yang memerlukan perniagaan mengeluarkan AS$10 sehingga AS$45,000 sebulan, bergantung ke atas jumlah transaksi.

    “Sudah pasti saya rasa, terdapat kes perniagaan yang unik, tetapi terdapat perniagaan yang lebih besar bagi Microsoft dalam peralatan itu bagi masa depan dengan kerap yang akan melalui lensa yang kurang upaya,” katanya.

    Adalah penting untuk menyedari kita semua memiliki kekurangan pada masa ketika, kata Robin Christopherson, ketua bagi kemasukan digital di badan amal British, AbilityNet, yang membantu orang yang lebih tua dan kurang upaya menggunakan komputer.

    Dia menjelaskan, seseorang dengan penglihatan sempurna mungkin memiliki kekurangan visual apabila cuba membaca telefon pintar dalam cahaya terang matahari, atau seseorang dengan pendengaran yang sempurna boleh bergelut untuk memahami panggilan telefon apabila berada di atas jalan di luar.

    Hasilnya, teknologi yang membantu orang ramai dengan penglihatan kekal atau masalah pendengaran juga menghasilkan produk lebih baik bagi semua orang.

    Lima tahun lalu, pasukan pakar AbilityNet telah melakukan ujian pada produk-produk untuk memastikan ia berjalan dengan lancar bagi kegunaan golongan OKU yang meningkat dari enam orang kepada 22.

    “Inovasi belum mengeluarkan produk yang cukup baik untuk menawarkan kebebasan lengkap bagi kurang upaya,” kata Tom Kamber, pengarah eksekutif bagi Older Adults Technology Services yang berpangkalan di Brooklyn, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan bagi membantu orang tua menggunakan teknologi itu. Tetapi terdapat alasan untuk merasa optimis kerana pelabur secara aktif mencari perkara yang besar dalam teknologi, katanya.

    “Khidmat bantuan akan sentiasa diberikan kepada golongan OKU di Silicon Valley dan sektor itu akan terus membantu dalam menjana kewangan,” jelas Kamber.

    “Holy Grail adalah teknologi seumpama itu yang digabungkan ke dalam produk-produk yang sudah sedia ada, jadi orang ramai dengan ketidakupayaan boleh mendapatkan bantuan yang mereka perlukan tanpa kos tambahan, kata Christopherson dari AbilityNet.

    Christopherson adalah seorang lelaki buta, memetik iPhone, yang membantu dirinya untuk menukar beg galas yang penuh dengan peralatan dan kabel bagi satu peranti.

    Teknologi sememangnya dapat membantu orang yang kurang penglihatan merasakan dunia dengan cara yang berbeza sepenuhnya.

    Ford Motor Co. telah bekerjasama Aedo Project, sebuah firma baharu Itali, untuk mencipta peranti yang membantu orang buta “merasakan pandangan” di luar jendela kereta dengan menghidupkan cahaya dalam getaran itu, apabila digabungkan dengan deskripsi audio, membawa deria pemandangan yang melaluinya.

    Tatkala teknologi hanya berada dalam peringkat prototaip, lelaki buta yang bertugas ke atas projek itu jelas memperlihatkan kegembiraannya apabila dia mencuba peranti itu buat kali pertama. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda