Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teknologi beri pengalaman baru dalam taman tema di Orlando

    ORLANDO, Florida – Buat seketika, anda dapat merasa cara hero ‘Avatar’, Jake Sullu, menjunam ke bawah di atas sebuah gunung terapung dan merasa dekat dengan sebuah gelombang gergasi sehinggakan kabus terasa berada di wajah anda – sementara makhluk ‘banshee’ terbang berkeliaran di belakang, yang kemudiannya bergerak turun naik di atas tanah Pandora.

    Terbang melalui laluan, satu pengembaraan baru Disney World yang bernilai AS$500 juta iaitu ‘Pandora-World of Avatar’, yang telah direka untuk pelawat agar merasai sendiri pengalaman dan pengembaraan semasa berada di tanah makhluk asing.

    Begitu juga bagi sebuah taman tema utama di Orlando, yang mana menggunakan teknologi tinggi pada tahun ini, bagi memberi satu pengalaman kepada penggunjungnya untuk merasai simulasi realiti.

    Para pengunjung boleh merasai kelajuan melalui jalan-jalan mengejar pengacara ‘Tonight Show’, Jimmy Fallon, di Universal Orlando. Manakala taman tema yang masih baru, bertemakan karate-chop, para pengunjung juga boleh merasai pengamalan dunia Lego di Legoland’s Ninjago World. Pada bulan ini, SeaWorld akan memperkenalkan permainan ‘roller coaster’ realiti alam maya pertamanya.

    “Teknologi memang memainkan peranan yang penting,” kata Arthur Levine, seorang pakar taman tema dalam About.com. “Semua ini sememangnya digabungkan dengan teknologi agar penceritaan dapat disampaikan melalui cara yang unik.”

    Permainan ‘Race Through New York Starring Jimmy Fallon’ adalah pengembaraan simulator 3-D yang memberi para pengunjungnya sebuah perlumbaan dan perjalanan melalui jalan-jalan dan awan di atas Bandar Raya New York.  – AP
    Permainan ‘Race Through New York Starring Jimmy Fallon’ adalah pengembaraan simulator 3-D yang memberi para pengunjungnya sebuah perlumbaan dan perjalanan melalui jalan-jalan dan awan di atas Bandar Raya New York. – AP
    Seekor ‘Na’vi Shaman of Songs’ berada di dalam permainan Na’vi River Journey di kawasan tarikan Pandora-World of Avatar di taman tema Disney’s Animal Kingdom. – AP
    Seekor ‘Na’vi Shaman of Songs’ berada di dalam permainan Na’vi River Journey di kawasan tarikan Pandora-World of Avatar di taman tema Disney’s Animal Kingdom. – AP
    Realiti alam maya akan dimuatkan dalam permainan roller coaster di SeaWorld’s Orlando’s Kraken, sebuah permainan yang kini berusia 17 tahun. – AP
    Realiti alam maya akan dimuatkan dalam permainan roller coaster di SeaWorld’s Orlando’s Kraken, sebuah permainan yang kini berusia 17 tahun. – AP

    Pengembaraan atau pengalaman yang paling memberi impak dan mengagumkan adalah Disney’s Flight of Passage, di mana para pengunjung akan dapat merasai kawasan tanah alien Na’vi yang luas dengan penggunaan teknologi simulasi seni 3-D.

    Ya, anda sudah pasti akan diikat dalam sebuah kenderaan berbentuk motosikal, duduk di hadapan skrin biru, menggunakan cermin mata 3-D, seperti anda berada di Pandora, mengalami pengembaraan di upacara Na’vi.

    “Ia menghasilkan suatu perasaan yang baru bagi pengunjungnya di mana mereka seolah-olah berada dalam alam realiti maya tersebut,” kata Jon Landau, penerbit eksekutif filem ‘Avatar’, yang diilhamkan dari kawasan Disney’s Pandora, yang berada di Animal Kingdom. “Anda benar-benar akan berada di dunia lain.”

    Levine berkata Disney mempunyai sistem teknologi yang lebih tinggi berbanding lainnya melalui permainan Flight of Passage.

    “Seperti semua simulasi berunsurkan gerakan, anda sememangnya tidak akan bergerak melebihi daripada beberapa inci dalam apa-apa juga pergerakan, namun pengalaman pengembaraan yang dibawa begiti meyakinkan,” katanya.

    Tetapi revolusi teknologi tidak hanya pada tunggangan semata-mata. Para pelawat yang mengunjungi taman air baru Universal, Volcano Bay, akan dapat merasai pengalaman yang tidak pernah mereka rasa sebelum ini dalam sebuah taman hiburan: Tiada garisan! Tiada ada tempa untu berdiri di barisan kerana para pengunjung akan diaturkan secara virtual, hasil daripada alat teknologi yang boleh dipakai, Tapu Tapu, yang mana membolehkan mereka untuk menikmati suasana taman itu sehingga mereka letih dan kembali semula ke tempat asal. Permainan pengembaraan The Jimmy Fallon juga mempunyai keupayaan talian alam maya. Berikut adalah beberapa tarikan terbaru dan terbaik di Florida.

    Suasana landskap yang terdiri daripada spesies tumbuhan Dunia sebenar dengan campuran alam flora Pandora tiruan, yang dikelilingi dengan kolam dan air terjun di kawasan tarikan Pandora-World of Avatar. – AP
    Suasana landskap yang terdiri daripada spesies tumbuhan Dunia sebenar dengan campuran alam flora Pandora tiruan, yang dikelilingi dengan kolam dan air terjun di kawasan tarikan Pandora-World of Avatar. – AP
     Suasana di Taman air Volcano Bay di Universal Orlando, Florida. – AP
    Suasana di Taman air Volcano Bay di Universal Orlando, Florida. – AP
    Seekor makhluk Na’vi berada dalam sebuah makmal sains yang mana ditontonkan kepada orang ramai sementara menunggu dalam barisan di permainan Avatar Flight of Passage di kawasan tarikan Pandora-World of Avatar di taman tema Disney’s Animal Kingdom di Walt Disney World di  Lake Buena Vista, Florida. – AP
    Seekor makhluk Na’vi berada dalam sebuah makmal sains yang mana ditontonkan kepada orang ramai sementara menunggu dalam barisan di permainan Avatar Flight of Passage di kawasan tarikan Pandora-World of Avatar di taman tema Disney’s Animal Kingdom di Walt Disney World di Lake Buena Vista, Florida. – AP

    Walt Disney World (Pandora-World of Avatar)

    Kawasan Walt Disney World yang berukuran 12 ekar, diilhamkan dari filem ‘Avatar’, telah dibuka pada penghujung bulan Mei di taman Animal Kingdom. Tarikan terbaru ini yang bernilai setengah billion dolar iaitu Flight of Passage, adalah sebuah pengembaraan simulator 3-D yang membawa pengunjungnya kepada dunia sinematik.

    Anda akan merasa makhluk ‘banshee’ berada di belakang semasa pengembaraan itu, pemangsa bersayap yang berwarna kebiru-biruan dan sangat besar, yang mana ia menyerupai seakan-akan era Jurassic.

    Pada waktu malam, Pandora telah bertukar kepada sebuah lautan yang penuh warna-warni dengan pencahayaan lampu-lampu dan tumbuhan tiruan, yang menghiasi sepanjang laluan kaki lima.

    Universal Orlando (Volcano Bay)

    Volcano Bay merupakan taman tema air terbaru di Universal Orlando dengan letupan gunung berapi yang bersaiz besar sebagai pusat tarikannya.

    Resort itu menggangap Volcano Part tersebut sebagai ‘taman ketiga’, selepas Unversal Studios dan Islands of Adventure. Universal telah menutup permainan taman air Wet ‘n Wild yang berusia hampir 40 tahun, untuk memberi laluan kepada Volcano Bay yang lebih canggih, di mana para pengunjung akan dapat merasai seperti mereka memasuki sebuah pulau Pasifik yang dimiliki oleh orang-orang Waturi.

    Seekor naga Lego menyambut para tetamunya yang berkunjung ke Ninjago World di Legoland Florida, Winter Haven, Florida. – AP
    Seekor naga Lego menyambut para tetamunya yang berkunjung ke Ninjago World di Legoland Florida, Winter Haven, Florida. – AP
    Para pengunjung memasuki Ninjago World di Legoland Florida. – AP
    Para pengunjung memasuki Ninjago World di Legoland Florida. – AP

    Pembukaan taman air itu pada bulan Mei lalu menandakan bermulanya penggunaan jalur pergelangan tangan boleh pakai, Tapu Tapu, di mana ianya dapat digunakan sebagai pembelian makanan, membukan kekunci, mencetuskan kesan khas, menetapkan had perbelanjaan ke atas anak-anak dan menghapuskan barisan menunggu dengan menghantar isyarat apabila tibanya giliran anda menikmati sesebuah permainan itu.

    Race Through New York Starring Jimmy Fallon

    Dalam kawasan tarikan Jimmy Fallon, yang dibuka pada bulan April lalu, para pengunjung akan memasuki kawasan lobi seperti berada di sebuah bangunan Rockefeller Center. Dalam paparan itu, adanya gambar-gambar, video-video dan memorabilia dari rancangan-rancangan ‘The Tonight Show’ dari dekad lalu.

    Permainan itu dihasilkan dengan penggunaan ‘garisan alam maya’, yang membolehkan para pengunjungnya boleh menonton rancangan hiburan itu secara langsung terlebih dahulu atau bersantai di sebuah ruangan lounge (tidak lagi perlu menunggu dalam barisan yang panjang).

    Apabila tibanya giliran anda untuk masuk, anda akan dimaklumkan. Pengembaraan simulator 3-D memberi para pengunjungnya sebuah perlumbaan melalui jalan-jalan dan awan di atas Bandar Raya New York.

    SeaWorld Orlando (Kraken)

    Realiti alam maya akan dimuatkan dalam permainan roller coaster di SeaWorld’s Orlando’s Kraken, permainan yang berusia 17 tahun. Para pengunjungnya menginginkan satu pengalaman realiti maya dengan penggunaan alat dengar realiti-maya yang memberikan mereka satu pengembaraan seperti berada dalam laut bersama-sama dengan makhluk-makhluk laut. Ia adalah sebuah permainan pertama SeaWorld yang dimuatkan dengan pengalaman digital yang telah dipertingkatkan dan akan dirasmikan pada 16 Jun ini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda