Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teknologi China bantu Fiji rungkai cabaran perubahan iklim

    BEIJING, 26 OGOS – Teknologi China banyak membantu Fiji merungkai kesukaran dihadapi dalam aktiviti pengeluaran pertanian akibat perubahan iklim, kata Perdana Menteri Fiji, Sitiveni Rabuka.

    Rabuka berkata perubahan iklim global membawa risiko besar kepada negara-negara di Lautan Pasifik termasuk Fiji.

    “Pesisir pantai Fiji sekarang dihakis teruk dan kenaikan paras laut turut mendatangkan ancaman kepada banyak kampung.

    “Kami sedang melaksanakan rancangan pemindahan kampung untuk memindahkan penduduk ke kawasan pergunungan yang lebih tinggi,” kata Rabuka dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

    Menurutnya, China telah menyediakan spesies padi dan tebu yang boleh hidup di tanah yang dihakis air laut.

    Selain itu, Rabuka menegaskan semua pihak perlu memahami perbezaan dan menangani percanggahan dengan baik. – Bernama

    Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Rabuka (kiri), yang mengadakan lawatan rasmi ke China, di Dewan Besar Rakyat di Beijing, ibu negara China pada 20 Ogos. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda