Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Teknologi digital dorong PKS terokai pasaran luar

    BEIJING, 29 MAC – Penularan pandemik COVID menyaksikan sistem logistik global terjejas teruk akibat peningkatan kos, kekurangan kontena dan kesesakan pelabuhan antarabangsa.

    Meskipun begitu, ia secara tidak langsung menandakan bahawa sektor e-niaga rentas sempadan sedang berkembang pesat.

    Menurut data statistik kastam, import dan eksport e-niaga rentas sempadan China pada 2021 mencecah RM1.31 trilion, meningkat 15 peratus dengan jumlah eksport sahaja mencatat RM954 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 24.5 peratus.

    Penggunaan data raya, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan AI dalam platform digital mengintegrasikan semua data berkaitan rantai pembekalan perdagangan luar bukan sahaja mampu meningkatkan keupayaan pengeluaran syarikat kecil dan sederhana (PKS), malah menurunkan kos pembuatan secara ketara.

    Naib Ketua Pengarah Pusat Interaksi Ekonomi Antarabangsa China (CCIEE), Wang Yiming berkata platform rantaian pembekalan digital merupakan trend baharu pertumbuhan perdagangan antarabangsa. Ia sekali gus bakal mendorong pembangunan berkualiti tinggi perdagangan luar China, katanya.

    “Platform pembekalan digital memberi kelebihan kepada ekonomi bidangan dan keupayaan penyusunan sumber tenaga yang kuat, serta menggabungkan pelbagai cara pengangkutan yang mampu menyelesaikan masalah dihadapi PKS dalam bidang logistik,” tambah Wang.

    Sementara itu, Naib Ketua Pengarah CCIEE, Zhu Guangyao, perdagangan digital disifatkan sedang berkembang maju secara pantas, manakala proses globalisasi pula kian melebarkan sayapnya. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...