Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teknologi digital permudah PKS

    MUNICH, 31 Dis – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkemampuan untuk menyesuaikan diri dan mengguna pakai pendigitalan menerusi data raya, pengkomputeran awan, sensor Internet of Things (IOT) dan pencetakan 3-D dalam semua aspek pembuatan dan pengeluaran.

    Menerusi teknologi pendigitalan ini, PKS mempunyai keupayaan untuk meningkatkan operasi mesin dan perkakas, menggerakkan pergerakan semua bahan dari lokasi berbeza serta penggunaan tenaga yang sangat cepat.

    Ini merupakan teknologi yang terlibat dalam inisiatif Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang termasuk pembelajaran mengenai robot dan mesin.

    Industri 4.0 diasaskan di Jerman dan membawa perubahan amat besar dalam kecerdasan mesin dan automasi yang dipacu perisian, kuasa pengkomputeran dan perkakasan sensor.

    Bagi mempelajari dan mengikuti perkembangan terkini Industri 4.0 dan isu-isu pendigitalan, seramai 21 pemberita Malaysia telah ditaja oleh Human Resources Development Fund (HRDF) dan K-Pintar bagi mengikuti kunjungan sambil belajar ke Jerman dari 4 hingga 10 Disember.

    Semasa kursus yang diadakan di Berlin, Stuttgart dan Munich, pengamal media Malaysia berpeluang melawat FabLab Berlin, tempat di mana sesiapa sahaja atau PKS boleh membina prototaip meng-gunakan pencetakan 3D sebelum menjalankan pengeluaran secara besar-besaran.

    Ahli-ahli media juga diperkenalkan dengan beberapa kelengkapan yang digunakan dalam IOT. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda