ALOR SETAR – Sebuah dron berwarna putih terbang bagaikan terbuai-buai pada ketinggian kira-kira dua meter dari permukaan petak-petak sawah sambil memuntahkan semburan ke atas pokok padi di situ. Kelihatan seorang remaja berbaju merah, lengkap memakai topeng hidung dan mulut sedang berdiri di tepi bendang seluas 10 hektar yang terletak di Batas Paip, Kuala Kedah, sambil