Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Teknologi kewangan Islam perlu ekosistem kondusif

    KUALA LUMPUR, 21 MAC – Teknologi kewangan Islam memerlukan ekosistem yang kondusif untuk mencapai potensi pertumbuhan yang pesat, kata Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa. 

    Beliau berkata walaupun masih dalam peringkat awal kemajuannya, teknologi kewangan telah menunjukkan penawaran inovasi yang luas dalam perkhidmatan kewangan dan menyumbang kepada pertumbuhan serta peningkatan dalam banyak aspek perniagaan termasuk kewangan Islam.

    “Pandemik yang sedang dihadapi dunia menjadi pengganggu utama dalam semua aspek kehidupan kita, terutamanya cara kita menjalankan perniagaan. 

    “Bagaimanapun, kami telah menyaksikan pendigitalan menjadi pemangkin kepada transformasi yang mampan,” katanya pada Global Connect Forum Maybank Islamic Bhd secara maya.

    Zamzamzairani berkata penyelidikan yang dijalankan oleh Maybank Islamic dan IslamicMarkets.com pada Februari 2022 dalam kalangan profesional kewangan Islam terkemuka mendedahkan bahawa hampir 90 peratus daripada responden menunjukkan bahawa teknologi kewangan telah mempercepatkan pendigitalan produk kewangan Islam dan menjadikannya lebih mudah diakses di peringkat global selain mentakrifkan semula pengalaman pelanggan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -