Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teknologi moden untuk sektor pertanian

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penduduk kampung mengenai pertanian, taklimat mengenai isu-isu dan konsep pertanian telah diadakan di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, hari ini.

    Dianjurkan bersama oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri dan MADGrow Tech, sebuah syarikat agrotech baru yang berpangkalan di kementerian berkenaan, taklimat berkenaan telah dihadiri oleh penduduk Kampung Sungai Besar, Kampung Belukut dan Kampung Menunggol.

    Sesi taklimat disampaikan oleh Pegawai Pertanian dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Awang Hirman bin Haji Abu dan Dayang Diana Suhardi dari MADGrow Tech.

    Awang Hirman semasa menyampaikan taklimat mengenai pem-bangunan pertanian dan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian.

    Taklimat antara lain menyentuh mengenai pembangunan pertanian dan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian.

    Ia diharap agar penduduk yang mengambil bahagian akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang perladangan dan pertanian, dan mempunyai pengetahuan tentang trend teknologi yang semakin berkembang di sektor pertanian.

    Pejabat MADGrow Tech menempatkan pejabat dan ruang kerja, termasuk sebuah rumah hijau dan beberapa projek perladangan akuaponik yang sedang berjalan dan perladangan menegak yang dalam eksperimental.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda