Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Teknologi ofsaid separa automatik diperkenalkan

    LAUSANNE, 3 JULAI – Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan pada Jumaat lalu bahawa sistem ofsaid separa automatik akan digunakan pada Piala Dunia tahun ini di Qatar.

    Sistem pengesan optik telah diuji pada Piala Dunia Kelab FIFA di Abu Dhabi awal tahun ini dan juga telah diuji pada Piala Arab di Qatar pada Disember lalu.

    “Teknologi ofsaid separa automatik ialah evolusi sistem Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) yang telah dilaksanakan di seluruh dunia,” kata presiden badan global itu, Gianni Infantino dalam satu kenyataan.

    Teknologi penjejakan anggota yang dipacu data itu menggunakan kedua-dua kamera siaran khusus yang terdapat di sekeliling stadium bagi memberikan kedudukan tepat pemain di atas padang sekali gus menawarkan pengadil maklumat tepat dalam beberapa saat.

    Istilah ‘separa automatik’ digunakan kerana FIFA menegaskan pegawai perlawanan masih akan membuat keputusan muktamad, dengan pembantu VAR khusus disediakan bagi memantau ofsaid. “Teknologi baharu ini menggunakan 12 buah kamera pengesan khusus yang dipasang di bawah bumbung stadium untuk menjejak bola dan mencatatkan sehingga 29 titik data setiap pemain individu bagi 50 kali sesaat,” kata FIFA.

    “29 titik data yang dikumpulkan termasuk semua anggota badan yang rele-van untuk membuat panggilan ofsaid,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...