KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pembeli hartanah di Malaysia tidak lama lagi akan dapat melihat prospek hartanah menerusi teknologi realiti maya (VR), yang menawarkan pengalaman tontonan realistik 360 darjah.
Ketua Pegawai Eksekutif REA Group Ltd, Tracey Fellows berkata kumpulan itu sedang menjalankan beberapa siri ujian perintis bagi meningkatkan pengalaman pelanggan ketika membeli hartanah.
REA Group ialah syarikat pengiklanan digital multinasional yang berpangkalan di Australia yang membuat pengkhususan dalam bidang hartanah, dan merupakan syarikat induk kepada beberapa laman web hartanah global, termasuk iProperty Group.
“Kami adalah rakan kongsi Google di seluruh dunia untuk Aplikasi Realiti Maya Google Daydream dan kami mempunyai aplikasi hartanah VR pertama, yang membolehkan pelanggan melihat prospektif hartanah menerusi kaca mata VR. – Bernama