Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Teksi sapu warga asing?

    Tahun demi tahun kemasukan warga asing daripada pelbagai bangsa ke negara ini semakin meningkat, di mana ia kadangkala membimbangkan penduduk di negara ini kerana dikhuatiri mengatasi jumlah warga tempatan dan akhirnya mendominasi sama ada dari segi pekerjaan dan sebagainya.

    Perkara tersebut adalah antara kesan negatifnya, namun demikian ia juga mampu memberikan kesan positif seperti dapat memenuhi bidang kemahiran yang kurang dikuasai oleh warga tempatan.

    Berkenaan warga asing di negara ini, terdapat beberapa komen melalui media sosial tentang warga asing yang telah berjinak-jinak untuk menjadi teksi sapu bagi sesama mereka sendiri di sekitar kawasan bandar dengan menawarkan perkhidmatan yang murah.

    Perkara sedemikian sangat dikhuatiri berleluasa dan mungkin sahaja lama-kelamaan boleh dijadikan sebagai pekerjaan tetap sekali gus menjejaskan pendapatan pemandu teksi tempatan.

    Oleh yang demikian, pihak berkenaan diharap dapat membuat pemantauan lanjut terhadap kegiatan tersebut untuk memberikan kesedaran kepada mereka agar mematuhi permit kerja dan tidak sewenang-wenangnya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang di negara ini seperti kata pepatah ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.’

    Rahul C.

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Kebersihan tandas masjid perlu diutamakan

    Setiap kali saya ke masjid untuk solat berjemaah, hati...

    Syarikat swasta UK jangka pemberhentian pekerja akibat AI

    MOSCOW, 10 NOV - Kira-kira satu perempat daripada syarikat swasta...

    Kekurangan pengangkutan awam sulitkan pelancong

    Bulan lalu, ketika saya melalui jalan Gadong, saya ternampak...

    Kerja unik sebagai ‘pakar bedah pokok’

    Oleh Sharon Salim -  SINGAPURA - Seorang pakar hortikultur dan...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...