Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Sebagai usaha memberi kemudahan kepada para pelanggan dan selaras dengan jenamanya, Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah membuka semula cawangannya di Muara selepas melalui pengubahsuaian.
Perasmian pembukaan semula cawangan berkenaan, hari ini, telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, David Holliday.
Majlis turut dihadiri oleh kakitangan kanan pengurusan dan pelanggan syarikat yang telah tiba awal untuk memulakan perkhidmatan mereka.


Bagi memberkati infrastruktur yang telah diubahsuai itu, majlis disusuli dengan bacaan Doa Selamat.
Menurut kenyataan TelBru, dalam mementingkan mengehadkan tempoh pengubahsuaian untuk mengekalkan kemudahan kepada pelanggan sementara memastikan pematuhan ketat terhadap protokol kesihatan, keselamatan dan alam sekitar, perubahan kepada cawangan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyediakan keseragaman di seluruh cawangannya yang termasuk melayari Internet secara percuma.