Tuesday, February 11, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    TelBru lantik CEO baru

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Telekom Brunei Berhad (TelBru), hari ini, mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru, David Holliday yang telah berkuat kuasa pada 1 November 2017.

    David Holliday yang sudah biasa memegang jawatan ketua pegawai eksekutif itu mempunyai 35 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi dan ICT yang merangkumi semua aspek operasi, menurut kenyataan yang dikeluarkan TelBru.

    Antara peranannya sebelum ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Orange di Belanda, Ketua Pegawai Eksekutif Zain (Zambia) PLC; Ketua Pegawai Eksekutif MobiCom; Naib Presiden Eksekutif Emirates Integrated Telecommunications Co. (Du) Lanka Bell, Sri Lanka sebagai Pengasas Pemegang Saham dan Pengarah Urusan.

    Sepanjang kerjayanya, David Holliday telah mencatat kejayaan dalam beberapa bidang pembangunan bagi setiap syarikat di tempat beliau berkhidmat.

    David Holliday yang dilantik TelBru sebagai CEO baru mempunyai pengalaman luas dalam industri telekomunikasi dan ICT.

    Ini termasuk pulangan kewangan aset-aset France Telcom di Eropah; membaik pulih operator milik kerajaan yang lama di Uganda selepas sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditarik balik; penstrukturan semula Zain Zambia dan kejayaan pulangan kewangan dan menambah harga saham kepada tiga kali ganda dalam masa 24 bulan; dan mengasaskan ahli pasukan Du di Emiriah Arab Bersatu yang menjadi IPO paling berjaya di Timur Tengah yang 180 kali terlebih langgan.

    Sebelum pelantikannya di Brunei, beliau berkhidmat bersama MobiCom Group LLC (KDDI and Sumitomo Corp of Japan), Mongolila sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi, di mana beliau memudahkan penyatuan lapan syarikat milik MobiCom menjadi sebuah syarikat efisien dengan budaya baru yang terus menjadikan syarikat sebagai operasi utama nombor satu di Mongolia, memenangi Anugerah Syarikat Terbaik 2016 Bloomberg dan secara konsisten menjadi pembayar cukai korporat lima teratas di Mongolia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda