Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Telefon bimbit PM Sepanyol digodam sistem Pegasus

    MADRID, 3 MEI – Telefon bimbit milik Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez dan Menteri Pertahanan Margarita Robles telah digodam sistem Pegasus, kata seorang menteri Kabinet pada Isnin.

    Sistem itu merakam perbualan secara tidak sah kata Felix Bolanos, memetik laporan teknikal Pusat Kriptologi Kebangsaan Sepanyol pada sidang akhbar bersama dengan jurucakap kerajaan Isabel Rodriguez, lapor Xinhua.

    Beliau berkata percubaan sebelum ini untuk mengintip telefon bimbit Sanchez pernah dilaporkan pada Mei 2021, sebulan kemudian telefon Robles pula dilaporkan digodam.

    Bolanos berkata maklumat mengenai insiden itu sudah diberikan kepada badan kehakiman supaya siasatan lanjut dapat dijalankan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda