Saturday, February 15, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Telefon digodam, individu ugut dedah data peribadi Son Naeun

    Keluarga pelakon Son Naeun diganggu individu tidak bertanggungjawab selepas data peribadi aktres itu terdedah.

    Menurut kenyataan rasmi syarikat pengurusan Naeun, 31, individu berkenaan telah menggodam telefon bimbit aktres itu lalu menuntut wang berulang kali.

    Penggodam itu mengugut Naeun dan keluarganya dengan ancaman untuk mendedahkan data peribadi aktres tersebut sekiranya tuntutannya tidak dipenuhi.

    “Kami ingin memaklumkan kepada awda tentang insiden baru-baru ini yang melibatkan penggodaman telefon peribadi aktres Son Naeun. “Penggodam itu menuntut wang sebagai pertukaran untuk tidak mendedahkan data peribadi yang diperoleh secara haram,” kata YG Entertainment.

    Sementara itu, agensi itu menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap sebarang aktiviti jenayah dilakukan terhadap Naeun.

    Mereka turut meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu mengenai insiden berkenaan.

    “Kes itu kini di bawah siasatan rasmi polis dan kami ingin menjelaskan bahawa kami akan meneruskan tindakan undang-undang yang kukuh terhadap semua tindakan jenayah.

    “Memandangkan kes ini dalam siasatan, kami memohon agar tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih,” ujarnya. – Agensi

    Telefon bimbit peribadi Naeun telah digodam baru-baru ini. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda