Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Telefon pintar selfie 20MP

    BEBERAPA bulan selepas melancarkan V5, Vivo telah memperkenalkan telefon pintar selfie V5s di India beberapa hari yang lalu.

    Peranti dua SIM (Mikro+Nano) ini menggunakan Funtouch OS 3.0 berasaskan Android 6.0 Marshmallow dan merupakan varian lebih baik daripada Vivo V5 yang juga dilancarkan di India, November tahun lalu.

    Ia mengetengahkan sensor cap jari pada punat utamanya dan menonjolkan paparan IPS (720×1280 pixels) 5.5 inci dengan 2.5D Curved Glass, perlindungan Gorilla Glass dan densiti piksel 267ppi. Ia dikuasakan dengan SoC MediaTek MT6750 lapan teras berkelajuan 1.5GHz dan dipadankan dengan RAM 4GB.

    Tarikan utama telefon pintar ini, sesuai sebagai telefon selfie, adalah kamera depannya yang menampilkan sensor 20MP dengan cahaya depan ‘Moonlight Glow’ dan apertur f/2.0, di samping aplikasi Face Beauty 6.0.

    Di belakang pula terdapat kamera 13MP dengan PDAF dan denyaran dua LED. Syarikat itu juga menekankan bahawa Vivo V5s juga dilengkapi cip Audio AK4376 Hi-Fi. Bersama, kedua-dua ciri ini menjadikan Vivo V5s sebagai telefon pintar ‘kamera dan muzik’.

    Spesifikasi lain, Vivo V5s mempunyai storan dalaman 64GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 256GB dalam format hibrid dua-SIM. Pilihan sambungannya termasuk 4G VoLTE, Bluetooth v4.0, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac, Mikro-USB dengan OTG, GPS/ A-GPS dan jek fon kepala 3.5mm.

    Sensor-sensornya pula termasuk akselerometer, sensor cahaya ambien, kompas digital, sensor kedekatan dan giroskop maya. Vivo V5s disokong dengan bateri 3000mAh yang tidak boleh ditanggalkan dan mempunyai berat 154 gram serta berukuran 153.8×75.5×7.55mm.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda