LONDON, 1 OGOS – Teleskop angkasa Eropah Euclid berjaya merakam imej galaksi dan bintang yang bergemerlapan selepas melakukan perjalanan sejauh sejuta batu dari Bumi, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Teleskop itu dilancarkan pada roket SpaceX Falcon 9 dari Cape Canaveral di Florida pada 1 Julai dan telah tiba di destinasinya sebuah tempat pengawasan dikenali sebagai Second Lagrange Point dengan misinya untuk meneroka tentang dua misteri terbesar alam semesta iaitu dark energy dan dark matter.
Agensi Angkasa Eropah (ESA) menyifatkannya sebagai kejayaan awal bagi teleskop itu mencapai matlamatnya.
Imej hitam dan putih yang diambil oleh Euclid’s visible light instrument (VIS), akan terus merakam imej jelas berbilion-bilion galaksi bagi mengukur bentuknya, menurut agensi angkasa lepas itu.
Imej merah yang dirakam oleh instrumen Near-Infrared Spectrometer and Photometer (NISP) akan mengukur jumlah cahaya yang dipancarkan oleh galaksi.
Pengurus projek Giuseppe Racca berkata: “Selepas lebih 11 tahun mereka bentuk dan membangunkan Euclid, ia sangat menggembirakan dan sangat menyentuh perasaan melihat imej pertama ini. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P13-C-Freepik_02082023.jpg)