Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Televisyen boleh gulung pertama diperkenalkan

    SEOUL, 29 SEPT – LG Electronics Inc. Korea Selatan dijangka melancarkan televisyen pertama yang boleh digulung pada bulan depan, memetik sumber pada hari ini, lapor agensi berita Yonhap.

    Baru-baru ini LG membuka laman web khas untuk tempahan Signature OLED R untuk pelanggan utamanya, menurut sumber itu.

    Harga televisyen model Signature OLED R itu dilaporkan lebih 100 juta won (AS$ 85,400).

    TV LG dengan skrin 65 inci itu pertama kali dilancarkan di Consumer Electronics Show (CES) di Amerika Syarikat tahun lalu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda