Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Telur jadi buruan di Labuan

    LABUAN, 2 DIS – Telur kini menjadi antara barang buruan dalam kalangan pembeli di pulau bebas cukai ini kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah ini biarpun selepas ketiadaan sekatan pergerakan akibat COVID. 

    Kebimbangan mengenai kekurangan bekalan telur di seluruh negara dibangkitkan selepas jumlah pembelian bagi pembeli dihadkan oleh peniaga  dan gambar rak kosong di pasar raya besar dan  pasar raya tersebar di sini.

    Walaupun banyak kedai sudah pulih daripada kesan pandemik dan mampu memastikan barangan memenuhi rak, telur masih sukar ditemukan kerana peniaga bergelut untuk memenuhi permintaan. 

    Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan, Dr Larry David berkata kekurangan bekalan itu berikutan eksport telur dari Sabah yang terhad ke pulau ini dan kerana peningkatan dalam permintaan. – Bernama

    Para pelanggan mendapatkan bekalan telur ayam ketika pemantauan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan di salah sebuah pasaraya di Labuan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda