Baru-baru ini saya membeli satu tray telur di sebuah kedai di Daerah Tutong.
Setelah kembali ke rumah dan hendak memasak telur, saya kagum dan rasa bertuah apabila sebiji telur yang saya pecahkan memilik dua kuning telur kembar.
Setelah itu, saya pecahkan lagi dua biji dan turut mendapat telur kembar.
Saya mula sangsi dan berasa ragu-ragu untuk menggoreng telur berkenaan.
Walaupun sesetengah pihak menganggap ia sebagai sesuatu yang istimewa atau rezeki, hakikatnya saya yang mula tertanya-tanya, adakah ini benar-benar semula jadi atau direka palsu mahupun sebaliknya.
Walaupun tiada bukti kukuh setakat ini yang menyatakan telur kembar itu membahayakan kesihatan, pengguna berhak mengetahui latar belakang sumber makanan mereka.
Ketelusan daripada pihak penternak dan pihak berkuasa sangat penting dalam hal ini.
Justeru, saya menyarankan agar siasatan dan pemantauan dilakukan secara teliti ke atas ladang-ladang yang membekalkan telur-telur ‘luar biasa’ ini.
Awang







