Teluslah pamerkan harga jualan

Ketika ini dunia menghadapi inflasi yang jarang berlaku selama ini tidak terkecuali di negara kita.

Masing-masing telah terasa akan kesan daripada kenaikan harga yang mendadak apa tah lagi mereka yang berpendapatan rendah.

Tidak dinafikan juga sesetengah peniaga melancarkan promosi jualan murah di kedai-kedai mereka, namun ada juga yang mengambil kesempatan dalam kesempitan mengaut keuntungan daripada para pelanggan.

Baru-baru ini saja tular beberapa gambar menunjukkan pembelian pelanggan berbeza pada tanda harga dengan nilai dalam resit pembelian sebagai contoh pada tanda barang dibuat $15 tetapi di dalam resit berlaku kenaikan daripada dua hingga tiga dolar.

Kenapa perlu berbuat sedemikian? Ia seakan memperdaya pelanggan secara tersembunyi.

Nasiblah pengongsi memeriksa resit pembelian jika sebaliknya setentunya dirinya kerugian.

Memang tidak dinafikan sesetengah pembeli tidak lagi melihat resit pembelian selepas membeli-belah namun pihak peniaga tidak sewajarnya menggaut keuntungan dengan sedemikian rupa.

Perkara ini perlu diambil berat oleh pihak berkuasa kerana boleh saja ia semakin berleluasa dilakukan oleh peniaga-peniaga lain.

Hadi Zahrin