Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teman maya untuk si bujang

    BEIJING – Robin seorang wanita muda dari China menghabiskan masanya berjam-jam berbual dalam talian dengan teman lelakinya, yang sedia untuk mendengar rintihan dan keluhannya, asal sahaja Robin sanggup membayarnya.

    Pelajar perubatan yang berusia 19 tahun itu telah menghabiskan lebih dari 1,000 yuan untuk bercakap dengan ‘rakan mayanya’.

    Menurutnya, talian ini bukanlah untuk mendapatkan khidmat seks, namun ia hanyalah untuk mendapatkan khidmat sebagai seorang kawan yang boleh dibawa berbual selama beberapa jam untuk melepaskan tekanan yang ada. Terpulang kepada pengguna sama ada mereka mahu memulakan dari pagi atau setelah waktu kerja untuk mendapatkan khidmat ini.

    “Jika ada yang sanggup untuk menemani dan berbual dengan saya, saya sanggup untuk membayar mereka dengan beberapa bayaran pun,” kata Robin.

    Perkhidmatan ini menjadi semakin popular dalam kalangan wanita muda yang berpendapatan sederhana, mereka lebih mengutamakan kerjaya mereka daripada mengambil keputusan untuk berkahwin pada waktu muda dan memulakan kehidupan berkeluarga.

    Zhuansun Xu, 22, bercakap dengan kekasih mayanya sambil bermain permainan video di biliknya. – AFP
    Zhuansun Xu akan menjadi ‘teman lelaki’ pada waktu malam kepada wanita-wanita yang mencari perkhidmatannya hanya untuk berbual atau mendengar keluhan mereka dengan harga yang ditetapkan. – AFP
    Zhuansun Xu, 22, bergambar untuk teman mayanya. -AFP

    Kedai-kedai perkhidmatan ini boleh ditemui dalam laman sesawang aplikasi WeChat atau di laman e-dagang seperti Taobao.

    Beberapa orang lelaki yang bekerja sebagai teman lelaki maya mengatakan kebanyakan pelanggan mereka merupakan wanita bujang yang berumur sekitar 20an dan mempunyai tahap kewangan stabil.

    Pada waktu siang, Zhuansun Xu berumur 22 tahun bekerja sebagai juruwang di syarikat pertukaran wang Beijing. Manakala pada waktu malam dia berhubung dengan klien wanita yang membayarnya sebagai ‘teman lelaki’ mereka, yang telah dilakukannya untuk beberapa tahun kebelakangan.

    Wanita yang datang kepada Zhuansun mempunyai keperluan yang berbeza, ada di antara mereka memerlukan nasihat seorang kawan dan ada juga memerlukan hubungan yang romantik.

    “Semasa kami berhubungan, saya akan memberitahu diri saya sendiri bahawa saya adalah teman lelaki mereka dan bertanya pada diri sendiri bagaimana untuk melayan mereka dengan baik,” katanya kepada AFP.

    “Namun setelah kami sudah selesai, saya akan berhenti berfikir untuk menjadi teman lelakinya.”

    ‘Perasaan Cinta’

    Harga akan bermula dari beberapa yuan untuk 30 minit perkhidmatan bermesej, dan boleh mencapai kepada ribuan yuan bagi perkhidmatan persahabatan melalui bertelefon selama sebulan.

    “Masyarakat sudah mula tahu bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang, hal ini merupakan sesuatu yang baharu terjadi di China untuk mempamerkan kasih sayang kepada kaum wanita, kerana mereka ini sangat sukar untuk meramalkan mod mereka,” kata Chris K.K.Tan, profesor madya yang membuat kajian trend ini di Universiti Nanjang.

    Pada zaman dahulu, perkataan cinta tidak ada dalam kamus wanita pada ketika itu.

    Salah seorang pakar sosiologi di Universiti Hong Kong, Sandy To, mengatakan bahawa perkahwinan secara tradisinya sesuatu perkara yang ‘wajib’ dilakukan oleh masyarakat China sejak dulu lagi.

    Tan mengatakan ‘Dasar Satu Anak’ yang telah berkuat kuasa pada 1979 dan mengehadkan saiz kebanyakan keluarga telah menghasilkan ‘generasi wanita yang bijak dan percaya pada diri sendiri’.

    Bagi ramai wanita, dasar tersebut telah mengubah kedinamikan keluarga mereka.

    Kebanyakan anak perempuan mereka dibesarkan seperti anak lelaki, kesemua tanggungjawab anak lelaki pada asasnya turut dilakukan oleh anak perempuan, ujar Roseann Lake, penulis sebuah buku mengenai wanita bujang di China.

    Seorang wanita bekerjaya di sebuah syarikat Shanghai telah menggunakan perkhidmatan ini untuk mengupah seorang lelaki untuk menjadi teman lelakinya secara hubungan mesej teks sahaja.

    “Sudah tentu terbit perasaan cinta, namun sekadar merasa dicintai seperti orang lain, kerana saya hanya pengguna perkhidmatan ini maka saya tidak merasa bersalah terhadap orang sebenar.” –AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda