Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teman rapat Nora Danish pakai Lamborghini pada usia muda

    Jejaka yang dikaitkan dengan pelakon Nora Danish iaitu Mickey Ayo sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dilihat memandu kereta mewah jenama Lamborghini.

    Perkara itu dikongsikan rakan-rakan Mickey di InstaStory yang berasa kagum dengan pencapaian jejaka berusia 35 tahun itu selepas berjaya memiliki kereta mewah dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

    “Terima kasih belanja sarapan hari ini, baik orangnya patutlah dapat pakai Lambo. Teruskan beri kami inspirasi, umur 35 sudah pakai Lambo,” antara luahan dibuat rakan-rakannya dalam gambar yang dikongsi semula Mickey di InstaStory.

    Difahamkan Mickey mengikuti konvoi kereta mewah bersama rakan-rakannya ke Genting Highland, Pahang.

    Menerusi hantaran tersebut, Mickey dilihat mesra melayani orang ramai selain tidak lokek berkongsi senyuman.

    Sebelum ini hubungan Nora dan Mickey menjadi perhatian ramai selepas pelakon itu membuat video istimewa sempena ulang tahun Mickey pada 15 Oktober lalu.

    Kontroversi hubungan mereka mula tercetus apabila Nora berkongsi foto seorang lelaki berkopiah dipercayai Mickey sebelum memuat naik pula gambarnya mencium kopiah milik individu berkenaan.

    Tidak lama selepas itu, Mickey muncul dalam sepotong video berbaju Melayu lengkap bersamping, sambil memegang sekeping kad undangan tertera huruf ‘M’ dan ‘N’ serta tarikh pernikahan, 8 September.

    Susulan kekecohan yang timbul, Nora kemudian tampil menjelaskan tiada sebarang majlis perkahwinan bakal berlangsung, selain menafikan pembabitannya dalam sebarang kempen pemasaran berkaitan. – Agensi

    Nama Mickey mula dikenali selepas berkawan rapat dengan Nora. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda