Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tembakan di sekolah, 15 maut

    MOSCOW, 26 SEPT – Kira-kira 15 orang terbunuh, termasuk 11 kanak-kanak, dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Izhevsk, Rusia hari ini, lapor Xinhua.

    Menurut Agensi Berita TASS yang memetik Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, berbelas-belas kanak-kanak dan orang dewasa cedera dalam serangan di sekolah yang terletak berhampiran bangunan pentadbiran bandar Izhevsk, di Republik Udmurt di barat Rusia.

    Berdasarkan laporan awal, sembilan terbunuh dan kira-kira 20 yang lain cedera dalam kejadian itu.

    Menurut jawatankuasa itu, mayat penyerang yang dipercayai membunuh diri ditemukan memakai baju-T hitam dengan simbol Nazi dan topeng ski.

    Identitinya masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan dijumpai.

    Sekolah itu mempunyai 982 pelajar serta 80 guru dan mereka telah dipindahkan.

    Gabenor Republik Udmurt mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari bermula Isnin. – AFP/Bernama

    Paramedik melihat mangsa insiden tembakan di sekolah No88 di Izhevsk pada 26 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda