Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tembakan tentera Israel bunuh remaja 14 tahun

    BAILTULMAQDIS, 27 JULAI – Tembakan tentera Israel telah membunuh seorang warga Palestin berusia 14 tahun di Tebing Barat yang diduduki, kata pegawai kesihatan Palestin hari ini, ketika seorang menteri Kabinet Israel ekstremis melawat tapak suci Baitulmaqdis yang sering menjadi titik keganasan antara Israel dan Palestin.

    Lawatan Itamar Ben-Gvir ke perkarangan puncak bukit yang dipertikaikan itu datang ketika Israel dan Palestin terperangkap dalam pertempuran selama setahun setengah dan boleh mencetuskan ketegangan yang sudah meningkat.

    Ia juga berkemungkinan mendapat kecaman daripada rakyat Palestin yang menganggap lawatan tersebut sebagai provokatif. Tapak tersebut dihormati oleh orang Yahudi dan Muslim, dan tuntutan bersaing terletak di tengah-tengah konflik Israel-Palestin.

    Awal hari ini, Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Fares Sharhabil Abu Samra, 14, terbunuh dalam tembakan Israel di bandar Qalqilya, Tebing Barat. Tentera Israel berkata, rakyat Palestin membaling batu dan bom api ke arah tentera, yang bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke udara. Ia berkata kejadian itu sedang dikaji semula.

    Ben-Gvir telah menyertai ratusan orang Yahudi yang mengunjungi perkarangan Masjid Al-Aqsa untuk menandakan hari raya Yahudi Tisha B’Av.

    “Ini adalah tempat paling penting bagi rakyat Israel yang mesti kami mesti bertindak kembali dan tunjukkan pemerintahan kami,” kata Ben-Gvir dalam video yang dikeluarkan oleh pejabatnya, dengan latar belakang Kubah Batu keemasan.

    Ben-Gvir, bekas pemimpin peneroka Tebing Barat dan aktivis sayap kanan yang beberapa tahun lalu disabitkan kesalahan menghasut dan menyokong kumpulan pengganas Yahudi, kini berkhidmat sebagai menteri keselamatan negara Israel dan menyelia pasukan polis negara itu. – AP

    Pelancong berlindung dari panas tengah hari di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda