Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tembok laut: Kubu penduduk Maldives

    MALDIVES – Kenaikan paras laut telah mengancam paya Maldives dan kepulauan Lautan Hindi yang dianggap sudah kehabisan air minuman, tetapi presiden Maldives yang baharu berkata beliau telah membatalkan rancangan untuk memindahkan rakyat.

    Sebaliknya, Presiden Mohamed Muizzu berjanji negara itu akan mengatasi ombak melalui tebus guna tanah yang berhasrat untuk membina tembok laut yang lebih tinggi. Namun, dasar tersebut tidak dipersetujui bahkan telah diberi amaran oleh kumpulan alam sekitar dan hak asasi manusia kerana dianggap boleh memburukkan lagi risiko banjir.

    Destinasi percutian mewah itu terkenal dengan pantai pasir putih, lagun biru dan terumbu karang yang luas, tetapi rangkaian 1,192 buah pulau kecil itu telah berada di barisan hadapan terhadap krisis iklim dan berjuang untuk terus hidup.

    Bekas Presiden, Mohamed Nasheed, yang telah memulakan pentadbirannya sejak 15 tahun lalu memberikan amaran kepada rakyat mungkin mereka akan menjadi pelarian alam sekitar yang pertama di dunia yang memerlukan pemindahan ke negara lain.

    Beliau mahu supaya penduduk Maldives mula menabung untuk membeli tanah di negara jiran India, Sri Lanka, malahan jauh di Australia.

    Gambar menunjukkan ibu kota Male, di mana satu pertiga daripada 380,000 orang rakyat negara itu ditempatkan ke sebuah pulau kecil – AFP
    Seorang wanita berjalan melepasi tetrapod di sepanjang pantai di Male pada 18 November 2023. – AFP
    Pelancong melihat ikan terumbu semasa lawatan kapal selam yang dikendalikan persendirian di luar ibu negara Maldives Male pada 14 November 2023. – AFP
    Maldives merupakan destinasi percutian mewah yang terkenal dengan pantai pasir putih, lagun biru dan terumbu karang yang luas serta mempunyai rangkaian sebanyak 1,192 buah pulau kecil. – AFP
    Hulhumale, sebuah pulau buatan di Maldives adalah dua kali ganda saiz ibu kota berdekatan pulau Male. – AFP
    Para penumpang melalui jambatan Sinamale yang dibiayai dan dibina oleh China, di ibu negara Maldives Male pada 16 November 2023. – AFP

    Tetapi Muizzu, 45, berkata beliau akan memperuntukkan pembiayaan asing sebanyak AS$500 juta bagi melindungi pantai yang terdedah itu agar rakyatnya tidak akan meninggalkan tanah air mereka.

    “Jika kita perlu menambah kawasan untuk hidup atau aktiviti ekonomi lain, kita boleh melakukannya,” kata Muizzu kepada AFP, bercakap dari ibu kota yang sesak, Male, yang dikelilingi tembok laut konkrit.

    Negara kecil Tuvalu bulan itu menandatangani perjanjian dengan Australia untuk memberikan rakyatnya hak tinggal di Australia apabila tanah air Pasifik mereka tenggelam di bawah laut.

    Tetapi Muizzu berkata Maldives tidak akan mengikuti tindakan itu.

    “Saya boleh katakan dengan jelas kita pastinya tidak perlu membeli tanah atau memajak tanah dari mana-mana negara,” kata Muizzu.

    Tembok laut juga akan memastikan keselamatan bagi kawasan yang berisiko. Tetapi 80 peratus kawasan Maldives adalah kurang daripada satu meter di atas paras laut.

    Pelancongan menyumbang hampir satu pertiga daripada ekonomi, menurut Bank Dunia.

    Bekas presiden sebelum Nasheed, Maumoon Abdul Gayoom, adalah orang pertama yang menempatkan penggera untuk mengesan amaran terhadap ancaman peningkatan paras air laut yang seringkali dikaitkan dengan perubahan cuaca. Perkara itu kemudiannya disuarakan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 1985.

    Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) di PBB memberikan amaran pada 2007, peningkatan paras laut sekitar 18 hingga 59 sentimeter hampir menjadikan Maldives tidak dapat didiami menjelang akhir abad ini.

    Ketika lampu amaran berwarna merah berkelip, telah membangkitkan kebimbangan Gayoom terhadap negaranya yang kehabisan air minuman telah menjadi kenyataan, di mana paras garam yang meningkat meresap ke dalam tanah, mencemarkan air yang boleh diminum.

    “Setiap pulau di Maldives kehabisan air tawar,” kata Menteri Alam Sekitar, Shauna Aminath, 38, yang dilantik seminggu sahaja selepas Muizzu mengambil alih kuasa kerajaan.

    Hampir kesemua 187 buah pulau kecil yang terdapat di kepulauan itu bergantung kepada loji penyahgaraman yang mahal, katanya kepada AFP.

    “Mencari cara bagaimana kami melindungi pulau kami telah menjadi sebahagian besar daripada cara kami cuba menyesuaikan diri dengan perubahan ini,” kata Aminath.

    Ibu kota Male, di mana satu pertiga daripada 380,000 orang rakyat negara itu ditempatkan di sebuah pulau kecil, merupakan salah sebuah kawasan tanah di dunia yang paling padat dengan penduduk dengan 65,700 orang setiap kilometer persegi, menurut Kementerian Alam Sekitar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda