KUALA LUMPUR, 28 JULAI – Ketika penduduk di Malaysia dikenakan perintah berkurung di rumah akibat wabak koronavirus, perkhidmatan penghantaran makanan menjadi semakin popular – namun seorang pelanggan telah mencetuskan kemarahan awam setelah menghantar sebuah helikopter untuk mengambil tempahan hidangan nasi.
Polis sedang menyiasat pelanggaran peraturan virus selepas pesawat itu mendarat di bandar Ipoh untuk mengambil 36 bungkus nasi dan kembali ke Kuala Lumpur, 180km jauhnya.
Pihak berkuasa telah mengenakan sekatan pergerakan untuk menangani penularan wabak dengan sebahagian besar penduduk diarah berkurung di rumah dan perjalanan antara negeri disekat kecuali dalam keadaan tertentu.
Laman media sosial dipenuhi ucapan tidak puas hati selepas imej helikopter mendarat di sebuah padang pada hujung minggu tular untuk mengambil tempahan dari sebuah restoran terkenal di Ipoh.
Hidangan popular digelar ‘nasi ganja’ itu biasanya mengandungi ikan, daging, sayur dan kuah kari.
Polis berkata helikopter merah telah diberikan kebenaran untuk terbang di luar bandar namun hanya untuk penyelenggaraan bukan untuk mengambil tempahan makanan. – AFP