WASHINGTON, 25 DIS – Tempahan bagi barangan perkilangan Amerika Syarikat (AS) menurun lebih daripada jangkaan pada November, berpunca daripada penurunan mendadak dalam segmen pesawat udara, menurut data kerajaan yang diterbitkan Jumaat.
Tempahan barangan tahan lama menurun 2.1 peratus kepada AS$270.6 bilion selepas peningkatan bulanan tiga kali berturut-turut, menurut kenyataan Jabatan Perdagangan.
Ini sebahagian besarnya berpunca daripada kelembapan dalam tempahan baharu bagi pesawat udara, yang menurut para penganalisis ia adalah komponen yang sangat tidak menentu.
Tempahan bagi bukan pesawat tentera dan alat gantinya menurun 36.4 peratus dari Oktober hingga November, menurut data.
Tetapi ia tidak termasuk pengangkutan, tempahan baharu yang dicatat oleh firma, dengan peningkatan 0.2 peratus.
Sementara itu, permintaan meningkat bagi tempahan dalam sektor pertahanan.
“Data menunjukkan momentum lemah dalam pelaburan perniagaan namun perbelanjaan peralatan positif setakat ini dalam suku keempat,” kata Rubeela Farooqi dari high Frequency Economics dalam ucapannya.- AFP


