Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tempahan dos penggalak dibuka lagi 6 Januari

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Tempahan bagi vaksinasi dos ketiga atau dos penggalak melalui aplikasi BruHealth akan dibukakan lagi esok (6 Januari) bermula 12 tengah hari bagi slot 8 Januari hingga 16 Februari.

    “Orang ramai yang ingin membuat tempahan dos ketiga hendaklah terlebih dahulu mengemas kini aplikasi BruHealth masing-masing melalui Google Play Store atau App Store bagi membolehkan tempahan dibuat.”

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar memaklumkan perkara itu semasa sidang media yang berlangsung di Kementerian Pendidikan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato turut mengingatkan bahawa pemberian dos ketiga secara walk-in masih dibukakan kepada golongan warga emas, ibu-ibu mengandung dan orang kelainan upaya (OKU) sahaja.

    Menyentuh mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin (4 Januari), Yang Berhormat Dato berkata, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin ialah 94.6 peratus dan 93.5 peratus telah menerima dua dos vaksin manakala itu, sebanyak 23.8 peratus pula telah menerima tiga dos.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...