Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tempahan industri Jerman merosot lagi

    BERLIN, 6 NOV – Tempahan industri Jerman merosot sekali lagi pada September ketika permintaan antarabangsa berkurangan, dengan ekonomi negara terjejas akibat kesan peperangan di Ukraine dan krisis tenaga, menurut data rasmi yang keluar baru-baru ini.

    Tempahan baharu, yang memberikan petunjuk keluaran industri, merosot sebanyak empat peratus berbanding bulan sebelumnya, menurut agensi statistik persekutuan Destatis.

    Agensi juga mengemas kini angka untuk Ogos, berkata tempahan baharu merosot sebanyak dua peratus dan bukannya 2.4 peratus.

    Prestasi pada September disebabkan kemerosotan tujuh peratus dalam tempahan antarabangsa.

    Permintaan domestik pula meningkat sebanyak 0.5 peratus.

    Ekonomi Jerman yang berorientasikan eksport telah terjejas dalam beberapa bulan ini akibat kesan peperangan Rusia di Ukraine, yang telah memburukkan krisis rantaian bekalan dan mendorong harga minyak naik di seluruh benua.

    “Kemelesetan bakal berterusan,” kata pengalisis ING Carsten Brzeski.

    Kerajaan menjangka ekonomi terbesar Eropah itu menguncup sebanyak 0.4 peratus pada tahun depan. – AFP

    Matahari terbit bersebelahan bangunan Bank Pusat Eropah di Frankfurt, Jerman kelmarin. Tempahan industri Jerman merosot sekali lagi pada September ketika permintaan antarabangsa berkurangan, menurut data rasmi. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda