Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tempahan kedai jahit kurang sambutan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Ketibaan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri saban tahun pastinya menjadi bulan rezeki berganda buat tukang jahit pakaian, sehingga ada tukang jahit tidak menang tangan untuk menerima tempahan terutama pada awal Ramadan lagi.

    Bagaimanapun, pada tahun ini, sambutan penghantaran baju untuk ditempah menurun disebabkan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

    Dalam tinjauan media ke beberapa buah kedai jahit di Daerah Brunei dan Muara, rata-rata tukang jahit menyatakan bahawa tempahan jahitan untuk hari raya kali ini tidak banyak dan jumlahnya turut menurun yang mana tempahan yang diterima seperti pada hari-hari biasa saja.

    Seorang tukang jahit berpengalaman, Zul ketika ditemu bual berkata, “Tempahan untuk baju raya tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya di mana pada kebiasaannya, kami akan menutup tempahan baju raya seminggu sebelum datangnya bulan Ramadan.

    “Setakat ini, baju yang diterima kurang daripada 50 pasang, itu pun kain yang telah dihantar pada awal Februari tahun ini,” ujarnya.

    Sementara itu, tukang jahit baju perempuan, Tiara mengongsikan, kebanyakan pelanggan yang menghantar baju untuk dijahit dihantar awal pada pertengahan Mac lalu.

    “Tidak dinafikan, wabak COVID-19 ini bukan saja memberi kesan kepada tukang jahit, tapi ia telah memberi impak kepada semua orang dan sebab itulah adalah perlu untuk kita mengikut arahan dan nasihat yang diberikan oleh pihak berkenaan,” ujarnya.

    Zul berkata tempahan tahun ini kurang sambutan berbanding pada tahun-tahun sebelumnya.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda