Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tempahan solat Jumaat boleh dibuat bermula 1 Jun

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Tempahan bagi menunaikan solat fardu Jumaat pada 5 Jun boleh dibuat pada 1 Jun bermula jam 12 tengah hari sehingga Jumaat sebelum pukul 12 tengah hari.

    Solat fardu Jumaat telah mula diadakan pada 29 Mei lalu di semua masjid dan surau di seluruh negara sejak penutupannya diumumkan pada 16 Mac lalu.

    Sejumlah 41,381 orang ramai telah membuat tempahan melalui aplikasi BruHealth bagi menunaikan solat fardu Jumaat.

    Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara

    Brunei Darussalam di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    Semasa sesi tersebut, Yang Berhormat Dato turut menyatakan bahawa perbincangan telah diadakan di antara Kementerian Kesi-hatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama mengenai dengan solat fardu Jumaat yang pertama selepas semua masjid, surau dan balai
    ibadah di seluruh negara ditutup berikutan penularan COVID-19.

    Berikutan dengan itu, beberapa pembaikan akan dilaksanakan termasuk membuka masjid sebelum tengah hari, membuka lebih banyak pintu bagi memudahkan kemasukan jemaah serta menyediakan lebih banyak kawasan bagi pengimbasan kod QR.

    Orang ramai sudah boleh membuat tempahan slot menunaikan solat Jumaat di masjid bermula hari ini. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda