Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan orang ramai, khususnya penuntut-penuntut yang akan melanjutkan pengajian keluar negara termasuk yang akan kembali ke negara pengajian bahawa mereka boleh membuat tempahan slot suntikan vaksin COVID-19 melalui aplikasi BruHealth bermula 1 Jun ini.
Walau bagaimanapun, penuntut-penuntut berkenaan dipohonkan untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum membuat tempahan slot iaitu melalui Kementerian Pendidikan dengan mengunjungi pautan https://bit.ly/3qsLcdD (jika belum pernah mendaftar).
Kenyataan menyatakan lanjut, bahawa bagi pelajar-pelajar yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut, mereka juga boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan di talian 2380019 semasa waktu pejabat.