YAROSLAV Efremov, seorang tukang besi amatur berusia 27 tahun dari Kremenets, Ukraine, telah menghabiskan masa lebih dari sebulan untuk mencipta sebuah tempat berbeku seberat 200 pound dalam bentuk kapal frigat lama. Atau adakah ianya kelihatan seperti sebuah kapal geliung? Apa yang pasti bahawa ia adalah sebuah rekaan dari kapal lama.
Efremov bekerja sebagai seorang mekanik kereta, namun dia sentiasa melakukan kerja-kerja kimpalan. Dia merupakan seorang tukang besi yang berkemahiran. Dia telah mendapat beberapa kemahirannya itu daripada rakan-rakannya yang bekerja sebagai pengimpal. Dari sana, dia mula melakukan eksperimen terhadap pembuatan logam artistik.
Dia selalu bermimpi untuk mencipta sebuah tempat berbeku yang unik bagi dirinya, walaupun dia tidak mempunyai atau menyediakan sebarang lakaran atau pelan bagi projek tempat barbeku ini. Dia telah memulakan kerja-kerja pembuatan seni ini pada bulan lepas. Gambar yang dikongsikan ini merupakan antara reka bentuk tempat barbeku unik di mana anda boleh mengagumi hasil karya beliau.

“Saya hanya mencipta produk dengan apa yang saya bayangkan dan saya sangat gembira serta berpuas hati dengan hasilnya,” kata tukang besi amatur itu mengenai cara pembuatannya, di mana dia hanya menggunakan imaginasinya sebagai sebuah lakaran atau pelan projek.
“Ia sememangnya merupakan sebuah projek yang mencabar,” tambah Brigitte. “Untuk menghasilkan kapal barbeku ini, saya cuba menghabiskan sekurang-kurangnya beberapa jam untuk menyiapkannya setiap hari.”
Berukuran lebih daripada dua meter panjang dan setengah meter lebar, tempat berbeku ini lebih kelihatan seperti sebuah arca seni besi berbanding tempat berbeku. Ia akan terbentuk seperti tempat barbeku jika anda menggelongsorkan dek kapal itu dan kemudian terpaparlah tempat panggangan di badan kapal tersebut. Anda pasti menyedari bahawa ianya mempunyai fungsi yang pelbagai dan praktikal.