WASHINGTON, 14 Ogos – Tempat kerja di Amerika Syarikat (AS) amat memenatkan, banyak tekanan dan lebih mengejutkan lagi ia tegang. Inilah kesimpulan satu kajian mendalam dikalangan 3,066 pekerja AS oleh Rand Corp., Harvard Medical School dan University of California, Los Angeles.
Sesetengah dapatan menunjukkan; hampir satu daripada lima pekerja (satu jumlah yang sangat membimbangkan) berkata mereka berdepan dengan persekitaran yang tegang dan mengancam di tempat kerja, yang mungkin berupa pencabulan seksual dan buli.
Lebih separuh respondan berkata mereka berdepan dengan “keadaan yang tidak selesa dan berpotensi membahayakan.” Manakala hamper dua pertiga berkata mereka menghabiskan sekurang-kurangnya satu perempat daripada masa bekerja dalam tugas-tugas sangat berat atau berulang-ulang secara fizikal.
Hasil kajian itu telah menegejutkan penulisnya Nicole Maestas, seorang ahli ekonomi di Harvard Medical School. – AP